PENGENALAN

PENDAHULUAN
Abyad Centre ialah sebuah pusat pengajian ilmu yang berfungsi untuk menyebarkan ilmu berkaitan islam dan turut juga menyediakan khidmat pengajiaan al-quran untuk golongan Dewasa, Remaja dan Kanak-Kanak. Pusat ini bermula pada bulan Januari 2013 secara tidak berdaftar akan tetapi dgn izin allah, alhmdulillah pada tanggal 5 Julai 2013 pusat ini  telah pon didaftarkan di SSM.

Alhamdulillah pada 5 Julai 2013 kami telah mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No. Pendaftaran : 002241787-U yang beralamat di C-3A-2 Mentari Condominium,Bandar Seri Permaisuri 2,56000   Cheras Wilayah Persekutuan.Insyallah kami dalam proses membuka satu pusat khusus untuk melancarkan lagi proses penyebaran ilmu islam dan memudahkan  lebih ramai mereka yg mahu mendalami agama islam.

Diantara perkhidmatan yang di tawarkan di Abyad Centre ialah Pengajian Asas Al-Quran, Pengajian Al-Quran dan Tajwid,IQRA,Kelas bahasa arab,kelas jawi dan fardu ain.Insyallah untuk waktu kehadapan kami akan menyediakan perpustakaan mini dan mengaktifkan lagi pusat dengan pengajian-pengajian berkaitan agama islam.Sasaran kaami ingin membantu golongan modern untuk mendalami ilmu berkiatn islam.

Pusat  ini ditubuhkan atas permintaan masyarakat sekeliling yang inginkan kaedah pendidikan Al- Quran & Iqra secara teratur dan sistematik serta pusat budaya ilmu. Selain itu, ia juga diharapkan dapat membentuk Generasi Al-Quran dan islam yang cemerlang Dunia juga Akhirat.

TUJUAN & MATLAMAT
  • Memberi ruang kepada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak muslim mengenali Al-Quran secara mendalam.
  • Memberi peluang dan ruang untuk mempelajari, memperbaiki dan mengetahui cara-cara membaca Al-Quran dengan tajwid dan Mahraj yang betul.
  • Membuka ruang untuk mempelajari Fardhu Ain dengan lebih mendalam
  • Memberi peluang kepada pelajar sekolah Rendah dan Menengah untuk mempelajari Pendidikan Islam yang telah ditetapkan di Sekolah.
  • Memberi peluang dan ruang untuk memperbaiki dan mempelajari ilmu tajwid, hafazan, asas-asas jawi dan ilmu agama dengan lebih mendalam.

No comments:

Post a Comment