SYARAT & PERATURAN PUSAT

SYARAT & PERATURAN
IBUBAPA / PENJAGA/USTAZAH @USTAZ
  1. Bayaran PENDAFTARAN RM200+SECURITY PAYMENT(2 MONTH YURAN) akan dikenakan ke atas setiap pelajar yang mendaftar buat pertama kali di Abyad Centre
  2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 3 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut.
  3. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya.
  4. Ibubapa/ penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat@tempat kelas dijalankan mengikut jadual tuisyen atau kelas yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon/sistem pesanan ringkas.
  5. Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan Pusat berhak untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada Abyad Centre sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.
  6. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.
  7. Jika kelas dibatalkan oleh  tenaga pengajar,kelas WAJIB DIGANTI .
SYARAT KHUSUS UNTK SESI KELAS DI RUMAH PELAJAR
PELAJAR
  1. Sekiranya kelas dibatalkan oleh ibu bapa pelajar,kelas tetap dianggap berjalan,yuran juga tetap perlu dijelaskan.
  2. Ibu bapa haruslah menetapkan tarikh sendiri jika mahu kelas yg telah dibatalkan diganti dan haruslah mengikut kesesuaian  masa ustazah/ustaz yg mengajar.Jika tidak dapat diganti atas sebb ustazah@ustaz tidak mempunyai masa kelas dianggap berjalan.
  3. Kelas yang telah dibatalkan haruslah diganti pada bulan yg sama kelas dibatalkan.
  4. Kelas dirumah pelajar haruslah paling kurang 1 JAM sesi 4 kali kelas.
  5. Jika tenaga pengajar yg canclekan kelas,kelas WAJIB DIGANTI OLEH PIHAK KAMI.
Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :
  1. Sentiasa berpakaian kemas semasa hadir ke kelas.
  2. Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.
  3. Membawa alat tulis, buku, nota dan kelengkapan lain dengan secukupnya.
  4. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam kelas pengajian.
  5. Tidak makan dan minum di dalam pusat

No comments:

Post a Comment